YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
PELAWAAN PERMOHONAN BAGI PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED 29 (TERBUKA), DI SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK DAN KPI, BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred 29 (Terbuka) di Sektor Perancangan Strategik dan KPI, BPSHA, KPM. Maklumat kekosongan jawatan adalah seperti berikut :
Bil.
|
Nama Jawatan Kosong
|
Gred
|
Bilangan Kekosongan
|
1.
|
Penolong Pegawai Tadbir
|
29 (Terbuka)
|
1
|
4. Bersama – sama ini disertakan: -
5. Sehubungan itu, Ahli Kumpulan Pelaksana yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut serta mengemukakan permohonan yang lengkap ke bahagian ini selewat-lewatnya pada 08 Disember 2023 (Jumaat) melalui Ketua Jabatan masing-masing ke alamat seperti berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E8, Kompleks E
62604 Putrajaya.
(u.p.: Sektor Pentadbiran dan Kewangan)
7. Kerjasama serta perhatian YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 3430