Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pengemaskinian Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga SPP Seperti Berikut: Pelantikan Tetap Dan Kontrak Ke Jawatan PPP GRED DG41 PISMP – Program Tajaan KPM

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SPP SEPERTI BERIKUT:

 

PELANTIKAN TETAP DAN KONTRAK KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN – PROGRAM TAJAAN KPM

 

Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah.

 

Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA dan DIPERAKU LANTIKAN TETAP/ KONTRAK oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di eGraduan.

 

Untuk makluman, tarikh lapor diri dan penempatan akan dimaklumkan di eGraduan kelak. Hanya calon yang melepasi keputusan saringan kesihatan oleh SPP akan diberi penempatan.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.

 

E-mel: egraduan@moe.gov.my

Telefon: 03-8884 7741 / 03-8884 7210 / 03-8872 1442

 

Terima kasih.

 

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuat naik Sijil Pengajian / Sijil Pengajian + Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi. (Transkrip tidak perlu dimuat naik).

 

Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.

 

Tarikh mula pengemaskinian: 15/05/2024
Tarikh akhir pengemaskinian : 26/05/2024

Hits : 1040