Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

MNCU Network Dialogue 2024

 

Malaysia telah menjadi negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1958 dan sejak itu, Malaysia telah mengambil bahagian secara aktif serta menyumbang menerusi perkongsian sumber dan kepakaran dengan organisasi antarabangsa tersebut. Mengambil kira jaringan dan kerjasama yang telah wujud hasil daripada pelaksanaan program di bawah platform UNESCO sama ada di peringkat dalam atau luar negara, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) akan mengetengahkan serta memanfaatkan jaringan tersebut melalui perkongsian pandangan dan amalan terbaik melalui penganjuran program MNCU Network Dialogue 2024. 

 

Dialog akan dilaksanakan secara fizikal dan dalam talian bertemakan Cultivating Peace, Celebrating Diversity, dengan kerjasama Asia Pacific University of Technology and Innovation sebagai UNESCO Chair on Harnessing Innovations in Technology to Support Teachers & Quality Learning pada 8 Ogos 2024. Pendekatan program ini adalah menjurus kepada pembentangan dan perkongsian oleh pakar-pakar dalam dan luar negeri yang akan dirasmikan oleh YB. Menteri Pendidikan selaku Presiden SKUM.

 

Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri program ini secara dalam talian (platform Zoom) melalui pautan berikut:

 

https://bit.ly/4d7AuSH

 

Tuan/puan juga boleh menonton siaran langsung program ini melalui laman sosial Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hits : 643