Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2023

Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2023
 
10 Oktober 2023 | Selasa
 
Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2023 telah berlangsung meriah pada Selasa.
 
Majlis ini adalah kemuncak kepada semua program kebahasaan dan aktiviti Bahasa Kebangsaan yang melibatkan semua warga kerja di bahagian dan agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang tahun 2023.
 
Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan merupakan satu langkah proaktif KPM dalam menjenamakan semula Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Pelbagai kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan telah dilaksanakan.
 
KPM komited untuk terus menjunjung, mendaulatkan serta mengukuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam setiap aspek pentadbiran dan pengurusan.
 

Hits : 398