Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) Ke-9 2023

Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) Ke-9 2023
 
12 September 2023 | Selasa
 
Sekitar Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) Ke-9 2023 yang berlangsung di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
 
SIPMA adalah platform penting yang memberi peluang kepada atlet pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyerlahkan bakat, selain memupuk semangat kerjasama dan perpaduan menerusi sukan.
 
KPM sentiasa komited membangunkan bakat murid dalam sukan. Ramai bekas atlet murid sekolah KPM yang telah berjaya menempa nama dalam sukan dan membanggakan negara di peringkat antarabangsa.
 
Setakat hari ini, 7 daripada 13 pemenang pingat di termasya Sukan Olimpik adalah dalam kalangan bekas murid sekolah KPM.
 
Semoga atlet murid dan bekas murid sekolah KPM akan terus cemerlang dan berjaya memenangi pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik di Paris pada tahun 2024.
 

Hits : 484