Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Perasmian SMK Proton City, Tanjong Malim, Perak

Majlis Perasmian SMK Proton City, Tanjong Malim, Perak
 
05 Oktober 2023 | Khamis
 
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian SMK Proton City, Tanjong Malim, Perak pada hari ini.
 
Sekolah ini dibina di atas tanah seluas 9.349 hektar dengan kos pembinaan sebanyak RM 29.9 juta.
 
SMK Proton City dilengkapi dengan 4 bangunan tiga tingkat dan 1 bangunan dua tingkat, mempunyai 42 bilik darjah, dewan, padang, astaka, surau, kantin, bilik-bilik mesyuarat, pusat sumber, bilik muzik, makmal sains, makmal bahasa dan kemudahan asas lain.
 
Kini bilangan enrolmen murid telah meningkat kepada 675 orang yang terdiri daripada murid-murid berbangsa Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain. Seramai 61 orang guru dan 7 orang staf sokongan sedang berkhidmat di sekolah ini.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha meningkatkan akses pendidikan untuk semua murid bagi memastikan tiada siapa yang akan terpinggir.
 

Hits : 331