Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Perasmian Pusat Multidimensi di SK Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Majlis Perasmian Pusat Multidimensi di SK Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang
 
24 September 2023 | Ahad
 
Telah berlangsung hari ini Majlis Perasmian Pusat Multidimensi di SK Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
 
Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ini adalah manifestasi kepada usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi agensinya, Yayasan Didik Negara (YDN) dan rakan strategik korporat, Farm Fresh.
 
KPM sentiasa komited untuk menoktahkan kemiskinan yang menjadi salah satu faktor keciciran murid. Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan Makanan Prasekolah serta inisiatif penubuhan Sekolah Komprehensif 9 dan 11 (K9 dan K11) adalah antara usaha yang dilaksanakan KPM bagi menangani isu kemiskinan dan keciciran dalam kalangan murid. Hasrat untuk menoktahkan kemiskinan dalam kalangan murid tidak boleh dicapai tanpa kerjasama semua pihak.
 
Justeru, KPM mengalu-alukan inisiatif rakan strategik korporat, Farm Fresh menubuhkan pusat multidimensi di sekolah-sekolah. Pusat multidimensi menyediakan kelas tuisyen, makanan menu sihat dan susu percuma kepada murid-murid terpilih. Semoga lebih banyak rakan strategik korporat yang dapat bersama-sama KPM berganding bahu dan berusaha ke arah pendidikan yang lebih baik.
 
 

Hits : 168