Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Perasmian Penutupan Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2023M/1445H

Majlis Perasmian Penutupan Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023M/1445H
 
02 Oktober 2023 | Isnin
 
Majlis Perasmian Penutupan Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023M/1445H telah berlangsung di Kampus Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada Isnin.
 
Mahrajan Al-Quran adalah merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM bertujuan mendidik jiwa dan rohani murid-murid menerusi aktiviti dan pertandingan untuk meningkatkan syiar Islam.
 
Program Mahrajan Al-Quran juga adalah platform memupuk keyakinan dalam kalangan murid-murid selain untuk mengembangkan minat serta bakat mereka menerusi pertandingan-pertandingan seperti hafazan, tarannum, kuiz dan nasyid.
 
Nilai-nilai murni yang dipupuk menerusi program Mahrajan Al-Quran adalah amat penting untuk membentuk sahsiah murid-murid Islam serta kemenjadian mereka secara holistik.
 

Hits : 332