Majlis Penyerahan Bangunan Baharu Kolej Vokasional Kangar
24 Mei 2024 | Jumaat
Sebelum mengakhiri acara lawatan kerja ke Perlis, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah berkesempatan untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Baharu Kolej Vokasional Kangar dan seterusnya mengadakan lawatan ke SMKA (P) Alawiyah.
Bangunan baharu Kolej Vokasional Kangar dapat membantu memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kolej tersebut. Ia juga selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sentiasa menambahbaik akses pendidikan serta memperkukuhkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Manakala di SMKA (P) Alawiyah, YB Menteri Pendidikan telah meluangkan masa beramah mesra dengan guru, murid dan warga sekolah tersebut.
Hits : 275