Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Peluncuran Sistem Perekodan Bacaan Nilam @ Advance Integrated Nilam System (AINS)

Majlis Peluncuran Sistem Perekodan Bacaan Nilam @ Advance Integrated Nilam System (AINS)

 

19 Mac 2024 | Selasa

 

Majlis Peluncuran Sistem Perekodan Bacaan Nilam @ Advance Integrated Nilam System (AINS) Bersempena Program Galakan Membaca Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 telah dilangsungkan pada Selasa di SK Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur.

 

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) adalah program membaca KPM yang telah dilaksanakan sejak 25 tahun lalu. Ia merupakan gabungan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan kepada setiap pencapaian.

 

Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan jumlah bacaan yang dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah murid menamatkan persekolahan di peringkat rendah dan menengah.

 

Program ini juga merupakan usaha KPM untuk membudayakan sikap suka membaca dalam kalangan murid secara berterusan sebagai salah satu proses pembelajaran sepanjang hayat.

 

Bagi tujuan tambah baik, Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) telah merangka pembangunan sistem Advance Integrated NILAM Sistem (AINS) untuk memudahkan pengumpulan rekod-rekod bacaan.

 

Melalui sistem ini, murid-murid boleh merekod bacaan dan memberi ulasan (aktiviti pengayaan selepas pembacaan) kepada maklumat dan pengetahuan yang diperolehi dari pelbagai sumber.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 1361