Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital (DPD)
28 November 2023 | Selasa
Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital (DPD) telah dilangsungkan pada Selasa. Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying dan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pembangunan pendidikan digital negara berkait rapat dengan perkembangan teknologi digital pada peringkat global dan nasional. Ia memberikan cabaran baharu kepada sektor pendidikan untuk melakukan perubahan seiring dengan transformasi teknologi digital bagi meningkatkan daya saing dan kemajuan landskap pendidikan negara.
DPD bermatlamat untuk melahirkan murid fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Dasar ini dibangunkan secara bersepadu serta menyeluruh meliputi aspek pendidik dan pemimpin pendidikan, penyediaan infostruktur dan infrastruktur, kandungan yang berkualiti, dan penyertaan aktif rakan strategik.
Hits : 3428