Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Pelancaran Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023

Majlis Pelancaran Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023
 
14 Ogos 2023 | Isnin
 
Majlis Pelancaran Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023 telah diadakan di Dewan Kompleks Seri Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang dan turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
 
Usaha untuk memperkasa penghayatan prinsip Rukun Negara sepatutnya bermula di sekolah. Pada usia muda murid-murid perlu dididik dengan nilai-nilai penting yang terkandung dalam Rukun Negara. Ini adalah asas untuk menjadikan mereka sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri, bermuafakat dan mempunyai rasa cinta serta kebertanggungjawaban kepada negara.
 
Pada waktu ini terdapat lebih daripada 6000 Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berusaha untuk memperluaskan lagi kelab ini ke semua sekolah seluruh negara.
 

Hits : 797