Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Jaulah Ramadan Peringkat Negeri Perak

Majlis Jaulah Ramadan Peringkat Negeri Perak

 

18 Mac 2024 | Isnin

 

Sekitar penganjuran Majlis Jaulah Ramadan Peringkat Negeri Perak.

 

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah meluangkan masa berbuka puasa, solat terawih dan bersahur bersama-sama dengan murid, guru serta seluruh warga Sekolah Raja Perempuan Taa'yah, SABK Maahad Al-Ummah dan SMK Raja Permaisuri Bainun.

 

Jaulah Ramadan dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan penghayatan Ramadan, menyantuni warga sekolah dan mengeratkan hubungan, melaksanakan pelbagai aktiviti kerohanian serta menyalurkan sumbangan kepada murid yang memerlukan bantuan.

 

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tn Hj Azman Adnan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, YBhg Dato' Mohamad Fauzi Mahson dan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 89