Majlis Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2023
14 November 2023 | Selasa
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjaya memenangi Anugerah Pengurusan Sistem Binaan Berindustri (IBS) Terbaik Kategori Peruntukan Atas RM1 Bilion.
Anugerah ini telah diterima oleh Ketua Setiausaha KPM, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi dalam Majlis Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2023 yang berlangsung hari ini.
Ia adalah pengiktirafan kepada kementerian terbaik yang mematuhi dan melaksanakan projek pembangunan fizikal kerajaan menggunakan kaedah IBS.
KPM sentiasa berusaha memastikan setiap projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik demi manfaat rakyat. Ini selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI untuk memperkasakan rakyat dan memastikan Malaysia yang mampan dan sejahtera.
Hits : 428