Lima Jenis ID Dalam DELIMa
Pelantar DELIMa mempunyai lima kategori ID pengguna (role) iaitu murid, guru, content manager, pentadbir sekolah dan pengetua/ guru besar. Setiap ID memainkan peranan penting dalam penggunaan pelantar DELIMa. Guru dan murid boleh menggunakan ID untuk sesi pengajaran dan pembelajaran masing-masing secara dinamik, manakala content manager menyediakan kandungan-kandungan berkualiti. Pengetua/ guru besar dan admin pula memainkan peranan dalam memastikan pengurusan keseluruhan berjalan lancar. Ini membuktikan bahawa pembelajaran digital bukan hanya memudahkan cara pembelajaran, tetapi juga cara menguruskan proses pendidikan.
Hits : 19961