Ketua Jabatan
> Tuan Haji Roslan Bin Abu Hassan
VISI
Peneraju Pentaksiran Bertaraf Dunia Melahirkan Insan Berpotensi
MISI
Meningkatkan Kualiti Sistem Pentaksiran Pendidikan Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Kesejahteraan Hidup
OBJEKTIF
- Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan dan penilaian sekolah, peperiksaan dan penilaian pusat dan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara.
- Memberi khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingan tentang Sistem Peperiksaan dan Pentaksiran Kebangsaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
FUNGSI
- Memberi nasihat, memantau, membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah.
- Mengendalikan semua peperiksaan dan mengikut peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
- Mengadakan peperiksaan, mengendalikan pemantauan dan menguatkuasakan peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
TANGGUNGJAWAB
- Menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum.
- Menggubal spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran.
- Menggubal alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum.
- Menyelaras, mengeluar, mencetak dan mengedar alat pengukuran.
- Mengawal dan mengendali peperiksaan awam dan luar negeri.
- Memproses kemasukan calon dan data, mengeluarkan keputusan dan sijil dan menganalisis statistik.
- Menyelidik untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesahan "standard".
- Mengurus khidmat bantu, nasihat dan perundingan berkaitan pentaksiran pendidikan.
- Memberi kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan/mengendalikan peperiksaan, menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan dan arahan peperiksaan.
PIAGAM PELANGGAN
LP bertanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan dengan cekap, licin dan selamat. Untuk mencapai hasrat ini, kami berjanji:
- Menilai prestasi calon dengan adil, sahih melalui alat pengujian dan pengukuran yang sah dan boleh dipercayai berdasarkan kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
- Membekalkan kertas soalan dengan cukup dan selamat mengikut jadual peperiksaan;
- Menyediakan kemudahan peperiksaan yang sempurna dan saksama untuk semua calon;
- Mengeluarkan keputusan peperiksaan yang sah dalam tempoh empat bulan dan sijil dalam tempoh enam bulan selepas keputusan peperiksaan;
- Memberi peluang kepada calon membuat rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan dan memberi keputusan dalam tempoh tiga bulan;
- Memberi perkhidmatan yang mesra dan bersedia untuk memberi bantuan yang berkaitan dengan peperiksaan; dan
- Meningkatkan pengurusan peperiksaan yang selamat, cekap, berkesan, canggih, dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.
CARTA ORGANISASI
** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
HUBUNGI
Alamat |
Laman Web |
Telefon |
Faks |
Emel (@1mocc.gov.my) |
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2 , Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya, Malaysia. |
http://lp.moe.gov.my/ |
+603-8000 8000 |
+603-8888 8001 |
[emel] |
Hits : 42051