Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan Ke Terengganu

Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan Ke Terengganu

 

27 Januari 2024 | Sabtu

 

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah mengadakan lawatan kerja ke Terengganu pada Sabtu lalu.

 

Beliau berkesempatan melawat SK Banggol Peradong yang telah dicadangkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk dijadikan sebagai lokasi Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB).

 

Lawatan turun padang ini diadakan khusus untuk meninjau sendiri keadaan kawasan sekolah bagi persiapan pembinaan dewan terbuka sebagai lokasi PPKB.

 

YB Menteri Pendidikan telah turut menghadiri Majlis Bicara Inspirasi Tokoh bersempena Program Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Ke-41 Tahun 2024 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Dato’ Razali Ismail.

 

Majlis ini memberi peluang kepada YB Menteri untuk berkongsi ilmu dan berkomunikasi secara terus dengan murid-murid. Turut disampaikan dalam majlis ini adalah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan nilai lebih RM32 juta ringgit untuk agihan kepada murid-murid di negeri Terengganu.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Hits : 138