Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan Ke SJKT Subramaniya Barathee, Gelugor, Pulau Pinang
03 Februari 2024 | Sabtu
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah hadir ke SJKT Subramaniya Barathee, Gelugor, Pulau Pinang untuk melihat sendiri kemajuan kerja pembinaan blok baharu di sekolah berkenaan pada hari ini.
Blok baharu ini merangkumi tambahan bilik darjah serta ruang untuk aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) lain dilaksanakan.
YB Fadhlina Sidek telah turut berkesempatan melawat fasiliti sekolah, mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah dan beramah mesra dengan guru dan murid.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited untuk menyediakan askes pendidikan terbaik untuk murid di semua jenis sekolah bagi memastikan tiada siapa yang terpinggir.
Hits : 702