Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Di Pulau Pinang

11 Januari 2024 | Khamis

 

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di Pulau Pinang berikutan gangguan bekalan air di negeri tersebut.

 

Lawatan kerja ini penting untuk memantau perjalanan operasi sekolah dalam tempoh gangguan bekalan air. Ini termasuk Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dan persiapan akhir murid-murid calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

 

Tahniah kepada guru, murid dan seluruh warga sekolah yang sentiasa komited memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dalam apa jua keadaan.

 

Turut hadir dalam lawatan kerja ini adalah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, YB Dato' Dr Mohamad Abdul Hamid, Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Sim Tze Tzin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), YBrs Dr Ahmad Rafee Che Kassim, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

 

Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), semua agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh masyarakat yang telah berkerja keras dan menghulurkan bantuan sepanjang tempoh gangguan bekalan air.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Hits : 852