Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) Tahun 2024

 

Tahniah kepada 10 orang guru yang telah terpilih untuk mengikuti program pertukaran guru, Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) Tahun 2024 anjuran Kementerian Pendidikan Republik Korea melalui UNESCO Asia Pacific Centre of Education for International Understanding (APCEIU) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Menerusi program tiga bulan ini, guru yang terpilih akan ditempatkan di lima buah sekolah di Korea. Mereka akan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah, kokurikulum, kebudayaan dan projek individu yang kesemuanya berteraskan nilai Global Citizenship Education (GCED).

 

Semoga guru yang terpilih dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi bagi meningkatan kompetensi mereka dan dalam masa yang sama berkongsi pengalaman dengan komuniti pendidikan di Malaysia.

Hits : 24448