Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kewangan

  1. Bagaimanakah Cara Untuk Menyelesaikan Lebih Awal Pinjaman Kenderaan?
  • Peminjam dikehendaki untuk menyemak jumlah baki terkini amaun pinjaman di mana-mana cawangan BSN/BCB dan membuat pembayaran amaun berdasarkan kepada arahan bank-bank berkenaan.
  • Setelah menyelesaikan amaun baki terkini pinjaman, peminjam hendaklah mengemukakan permohonan ke Bahagian Kewangan dengan memberi maklumat seperti berikut :-
    • Nama Penuh Peminjam
    • Kad Pengenalan Baru
    • Telefon dan No. Faks Pejabat / Sekolah
  1. Bagaimanakah Cara Untuk Mendapatkan Surat Pelepasan Hakmilik Kerajaan Setelah Selesai Pembayaran Pinjaman?
  • Peminjam dikehendaki mengemukakan surat permohonan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut :-
    • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (depan & belakang) yang telah disahkan;
    • Salinan rekod pembaharuan insuran (bagi skim pinjaman) atau takaful (bagi skim pembiayaan) bagi setiap tahun sehingga pinjaman selesai;
    • Pinjaman kenderaan melalui Skim Pembiayaan Kenderaan dimestikan untuk membeli polisi perlindungan Takaful. Sekiranya pegawai telah membeli polisi perlindungan konvensional, maka pemohon perlu mendapat pengecualian daripada Pegawai Pengawal.
    • Salinan surat arahan pemberitahuan potongan gaji.
  • Bahagian Kewangan akan mengeluarkan Surat Pelepasan Hakmilik Dituntut Oleh Kerajaan atas nama Pengarah JPJ yang berkaitan dan disalinkan kepada Ketua Jabatan Peminjam bagi pemberhentian potongan kenderaan.
  1. Adakah Seseorang Pegawai Kerajaan Yang Tidak Mempunyai Lesen Memandu Layak Memohon Pinjaman Kenderaan?
  • Pegawai yang tidak mempunyai lesen memandu tidak layak untuk memohon pinjaman kenderaan.
  1. Bilakah Permohonan Pendahuluan Diri Perjalanan Perlu Dikemukakan Untuk Kelulusan?
  • Urusan pendahuluan diri perjalanan diuruskan oleh jabatan pemohon. Permohonan perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk kelulusan melalui Unit Kewangan jabatan pemohon seawal 14 hari dari tarikh memulakan tugas rasmi.
  1. Sekiranya, seseorang Pegawai Belum Menyelesaikan Pendahuluan Diri Perjalanan, Adakah Layak Untuk Membuat Permohonan Baru?
  • Pegawai berkaitan perlu menyelesaikan pendahuluan diri perjalanan yang terdahulu sebelum membuat permohonan baru.
  1. Berapakah Kadar Pendahuluan Diri Perjalanan Bagi Pegawai Yang Bertugas Dalam Atau Luar Negeri?
  • Kadar bagi pendahuluan diri perjalanan bagi luar negeri dan di dalam negeri boleh dipertimbangkan berdasarkan permohonan dan mengikut budi bicara Ketua Jabatan pemohon.
  1. Bolehkah Dibuat Pertukaran Model Komputer Setelah Pinjaman Diluluskan?
  • Setelah pinjaman diluluskan dan terdapat perubahan pada model/spesifikasi komputer tanpa melibatkan perubahan kos pembelian, pemohon hendaklah memohon kelulusan lanjut daripada Bahagian Kewangan.
  • Sekiranya melibatkan perubahan kos pembelian komputer, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan baru ke Bahagian Kewangan.
  1. Adakah Pinjaman Komputer Memerlukan Penjamin?
  • Pegawai yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan tidak memerlukan penjamin bagi memohon pinjaman komputer.

Pegawai yang sedang berkhidmat dan belum disahkan dalam perkhidmatan atau berstatus kontrak/sementara tidak layak memohon pinjaman komputer.

  1. Berapa Lamakah Proses Permohonan Komputer Dapat Diluluskan?
  • Permohonan Pinjaman/Pembiayaan Komputer dapat diluluskan dalam tempoh maksimum 30 hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap daripada pemohon.
  1. Bagaimanakah Cara Mendapatkan Bayaran Balik Terlebih Bayar?
  • Peminjam hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Kewangan secara rasmi dengan menyatakan tarikh yang sepatutnya ditamatkan dan sertakan salinan slip gaji yang berkaitan. Bahagian Kewangan akan membuat penyelarasan.
  1. Bilakah Permohonan Pakej Perlu Dikemukakan Di Bahagian Kewangan?
  • Permohonan lengkap dikemukakan ke Bahagian Kewangan selewat-lewatnya 21 hari bekerja sebelum tarikh program dijalankan selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan KPM Bil. 1/2014 dan Arahan Pegawai Pengawal.
  1. Berapakah Jumlah Peserta Yang Boleh Diadakan Sesuatu Pakej?
  • Pakej boleh diadakan sekurang-kurangnya mempunyai 15 orang peserta.
  1. Bolehkah Pakej Dilaksanakan Di Luar Daripada Zon?
  • Bahagian Kewangan boleh mempertimbangkan permohonan mengadakan pakej di luar zon sekiranya majoriti peserta-peserta berada di zon berkenaan atau pengangkutan darat disediakan oleh pihak penganjur. Permohonan perlu disertakan dengan justifikasi pelaksanaan pakej di luar zon.
  1. Adakah Jabatan Atau Bahagian Boleh Melantik Menggunakan Khidmat Penceramah Atau Perunding?
  • Sekiranya Jabatan atau Bahagian ingin mendapatkan penceramah atau perunding, Setiausaha/Pengarah Bahagian dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri/Institusi di bawah KPM boleh menimbang dan meluluskan perolehan perkhidmatan pengendalian kursus dan latihan (Training Provider) serta meluluskan kadar bayaran penceramah bukan penjawat awam.
  1. Siapakah Yang Meluluskan Pembelian Harta Modal Yang Lain (HMYL) di bawah peruntukan OS35000?
  • Pembelian Harta Modal Yang Lain (HMYL) di bawah OS35000 yang menggunakan peruntukan Belanja Mengurus perlu mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal melalui Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) sebelum perolehan dilaksanakan.
  1. Bilakah Waran Pertama dan Waran Pelepasan Baki Diagihkan?
  • Waran Pertama akan disalurkan kepada Bahagian/ Jabatan pada awal Januari setiap tahun iaitu selepas Kementerian menerima Waran Peruntukan Am dari Kementerian Kewangan, manakala waran pelepasan baki akan diagihkan berdasarkan prestasi perbelanjaan sesuatu aktiviti.
  1. Apakah Prosedur Yang Perlu Dilakukan Semasa Memohon Pindah/ Tambah Peruntukan/ Pelepasan Baki?
  • Permohonan pindah/ tambah peruntukan / pelepasan baki akan dipertimbangkan berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa PTJ dan/atau justifikasi kukuh. Permohonan mesti disertakan dengan:
    • Pengesahan baki peruntukan di PTJ (laporan iGFMAS);
    • Justifikasi yang lengkap; dan
    • Ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Timbalan/ Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan/ Ketua Penolong Pengarah (KPP)/ Ketua Penolong Setiausaha (KPSU)/ Ketua Unit (KU) yang bertanggungjawab dalam Pengurusan Kewangan sahaja.
  • Permohonan yang teratur hendaklah dikemukakan bersama-sama borang P.B 2.6 ke Cawangan Belanjawan, Bahagian Kewangan.
  1. Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Peruntukan Bantuan Pengurusan Jenazah Bagi Pegawai Yang Telah Meninggal Dunia?
  • Waris yang terlibat perlu mengemukakan nama dan butiran yang lengkap kepada Bahagian / Jabatan si mati bekerja dan Bahagian /Jabatan akan mengemukakan permohonan peruntukan Bantuan Pengurusan Jenazah kepada Bahagian Kewangan.
  1. Adakah Pindah Peruntukan Dari Peruntukan Mengurus Dasar Sedia Ada Kepada Program Khusus Bertugas ke Luar Negara Boleh Dimohon?
  • Pindah peruntukan dari peruntukan mengurus Dasar Sedia Ada (DSA) kepada Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan.

Hits : 18858