Kesejahteraan Dan Keselamatan Semua Calon SPM 2024 Terjejas Banjir Di Terengganu Diberi Perhatian
01 - 02 Disember 2024 | Ahad - Isnin
Bermula Ahad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs Tuan Haji Azman bin Haji Adnan telah hadir ke negeri Terengganu bagi meninjau sendiri operasi di asrama dan pusat peperiksaan yang menempatkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir. Seramai lebih 1,700 orang calon terjejas banjir di negeri Terengganu telah diberi bantuan bagi memastikan tiada yang tercicir.
YBrs Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia turut berkesempatan menyertai warga Sekolah Menengah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) menunaikan Solat Hajat Perdana, melawat Pusat Peperiksaan di SMK Ajil & SMK Landas, Daerah Hulu Terengganu dan menziarahi keluarga murid SMK Ajil yang meninggal dunia baru-baru ini kerana kejadian tanah runtuh.
Pagi ini, YBrs Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) SMK Bukit Payong dan pusat peperiksaan di SMK Sungai Tong bagi meninjau sendiri pengoperasian hari pertama Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2024.
Setelah selesai fasa pemindahan semua calon terjejas banjir ke asrama dan pusat peperiksaan, tumpuan kini terarah kepada memastikan mereka diberi bantuan khidmat psikososial. Tiada apa yang lebih penting selain memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua calon yang terjejas banjir.
Hits : 278