Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli Dan Penan (KEDAP)

 

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PENAN (KEDAP)

 

JENIS BANTUAN:

 

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN :

 

  • Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2008 susulan dari keputusan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil/5/2007 yang bertujuan untuk mengurangkan kadar buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli dan Penan di seluruh Malaysia.

KADAR :

 

  • Elaun Kehilangan Pendapatan : RM15.00 x 75 hari.
  • Elaun Makan : RM4.00 x 75 hari.
  • Elaun Pakaian : RM50.00.
  • Buku dan Peralatan Pembelajaran : RM50.00.
  • Elaun Kesihatan : RM50.00.
  • Pakej Lawatan : RM50.00.
  • Elaun Guru : RM50.00 / jam (terhad kepada 150 jam).

 

PEMILIHAN :

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa murid Orang Asli di Semenanjung, Penan di Sarawak dan Pribumi di Sabah.
  • Belum pernah menyertai KEDAP.

KAEDAH PENYALURAN :

 

  • Peruntukan untuk program ini disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ sekolah.

PUNCA KUASA :

  • Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2008 & Surat Siaran Tahun 2012.

 

Hits : 10910