HEBAHAN KEKOSONGAN JAWATAN PUBLICATION AND MULTIMEDIA SPECIALIST DAN LEARNING INNOVATION AND INFORMATION SPECIALIST DI PEJABAT SEKRETARIAT SEAMEO DI BANGKOK, THAILAND
YBhg. Datuk/ Dato‘/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dicalonkan secara peminjaman sebagai jawatan-jawatan tersebut di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
3. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan kepada Sektor Pelbagai Hala/Serantau di alamat berikut sebelum atau pada 24 Februari 2023 (Jumaat):
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Puan Nur Azwa binti Zynuddin di talian 03-8884 6129 atau emel: nurazwa.zynuddin@moe.gov.my.
Sekian, terima kasih.
Hits : 1463