KEJAYAAN MURID DALAM WORLD ROBOT OLYMPIAD INTERNATIONAL FINAL 2024 IZMIR, TURKIYE
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama rakan strategik Sasbadi Holdings Berhad telah menghantar penyertaan 17 pasukan negara bagi 8 kategori yang melibatkan 71 orang peserta ke World Robot Olympiad International Final 2024 Izmir, Turkiye bermula 28 hingga 30 November 2024. Peserta negara terdiri daripada 45 orang murid sekolah, 6 orang pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Miri, Sarawak, 15 orang guru pembimbing/mentor dan 2 orang pensyarah yang diiringi oleh tiga orang pegawai KPM. Pasukan robotik Malaysia yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Tuan Haji Ezaiddin bin Hussain sebagai Ketua Delegasi berjaya mengekalkan kejuaraan apabila memenangi 2 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa serta 3 anugerah kecemerlangan.
Pertandingan peringkat antarabangsa ini dianjurkan oleh World Robot Olympiad™ Association dengan kerjasama pihak Science Heroes Association (Bilim Kahramanları Derneği) sebagai National Organizer dengan kerjasama Izmir Metropolitan Municipality and Izmir Fair. Pada kali ini melibatkan penyertaan seramai 3,116 orang peserta iaitu 562 pasukan dari 87 buah negara yang bertanding dengan tema Earth Allies di mana peserta menjadi agen perubahan dengan mencipta inovasi bagi memelihara dan memulihara bumi dengan menggunakan robot yang dicipta daripada produk LEGO Education.
Hari pertama : 28 November 2024 (Khamis)
Hari kedua : 29 November 2024 (Jumaat)
Hari ketiga : 30 November 2024 (Sabtu)
Hits : 37