Karnival Mini Transisi ke Kerjaya bagi Program Pendidikan Khas di Negeri Perlis
24 Mei 2024 | Jumaat
Karnival Mini Transisi ke Kerjaya bagi Program Pendidikan Khas di Negeri Perlis dianjurkan bagi menyokong agenda Pendidikan Manusiawi yang memastikan akses pendidikan terbaik tanpa mengira latar belakang, kaum, ekonomi dan ketidakupayaan.
Karnival Mini ini merupakan salah satu inisiatif Bahagian Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negari Perlis untuk memberi pendedahan berguna kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).
Ia menghimpunkan seramai 500 orang murid MBPK dan guru daripada 32 buah sekolah di negeri Perlis dengan penglibatan 12 buah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah menengah, 19 Program PPKI sekolah rendah dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Perlis.
Hits : 357