Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jemputan Menyertai Projek Penyelidikan Asia-Pacific Telecommunity Tahun 2022

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROJEK PENYELIDIKAN ASIA-PACIFIC TELECOMMUNITY TAHUN 2022:

  1. TAJAAN NEGARA JAPAN (EBC-J 2022): INTERNATIONALS COLLABORATIVE RESEARCH AND ICT PILOT PROJECTS FOR RURAL AREAS FOR 2022
  2. TAJAAN NEGARA KOREA (EBC-K 2022): FACILITATE ICT APPLICATION IN THE ASIA-PACIFIC

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah menerima sesalinan surat daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengenai jemputan menyertai Projek Penyelidikan Asia-Pacific Telecommunity (APT) melalui pembiayaan oleh Negara Jepun dan Korea. Surat jemputan seperti di Lampiran A dan Lampiran B. Objektif utama projek ini adalah bagi menggalakkan penggunaan aplikasi ICT di kalangan negara ahli Asia-Pacific Telecommunity (APT) dalam mendepani isu-isu sosioekonomi seperti kemiskinan, jurang digital, kesihatan, pendidikan, tenaga hijau, pembangunan infrastruktur, perbandaran serta komuniti yang mampanMaklumat lanjut mengenai tatacara permohonan projek adalah seperti di Lampiran C.

3.    Sehubungan itu, sukacita bagi calon yang berminat adalah dimohon untuk mengemukakan permohonan yang lengkap dan disertakan dengan surat iringan Ketua Jabatan/Pusat Pengurusan Kajian (RMC) kepada KKMM sebelum atau pada 29 Julai 2022 (Jumaat) bagi kedua-dua permohonan geran EBC-J dan EBC-K. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek  ini boleh dikemukakan terus kepada pihak sekretariat EBC-J 2022 dan EBC-K 2022 melalui alamat emel myigt@kkmm.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

Muat Turun Lampiran  Disini

Hits : 3152