Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Jawatan Kosong Policy and Planning Specialist di Southeast Asian Ministers of Education Secretariat (SEAMEO)

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG POLICY AND PLANNING SPECIALIST DI SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION SECRETARIAT (SEAMEO)

Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk. 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Southeast Asian Ministers of Education Secretariat (SEAMEO) telah membuat hebahan mengenai jawatan kosong di ibu pejabat SEAMEO Secretariat di Bangkok, Thailand bagi jawatan Policy and Planning Specialist. Jawatan ini memerlukan seorang calon yang mempunyai latar belakang yang kukuh dalam membuat perancangan, pembangunan dan pelaksanaan projek, program, bengkel dan aktiviti. Maklumat terperinci bagi setiap jawatan berkenaan objektif, fungsi dan kelayakan yang diperlukan adalah seperti di Lampiran.

3.       Sehubungan itu, dimohon calon-calon yang berminat dan menepati kriteria untuk mengemukakan permohonan ke Bahagian ini berpandukan kepada butiran Hebahan Jawatan Kosong seperti di Lampiran sebelum atau pada 25 Februari 2022 (Jumaat) di alamat emel farzana.sharib@moe.gov.my dan husaini.ghazali@moe.gov.my.

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 
 

Hits : 3428