YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG DI ISLAMIC WORLD EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ICESCO), RABAT, MAGHRIBI
Dengan hormatnya perkara di atas adakah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai jawatan kosong di ibu pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi bagi jawatan Supervisor of the Department of Information Technology. Kontrak jawatan yang ditawarkan adalah bagi tempoh setahun dan boleh diperbaharui. Permohonan bagi jawatan ini tertakluk kepada kriteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci jawatan berkenaan objektif, fungsi, kelayakan dan kemahiran yang diperlukan adalah seperti di Lampiran I (Vacancy Announcement) . Gaji, elaun dan keistimewaan bagi jawatan tersebut di atas akan ditentukan berdasarkan kepada ICESCO’s Personnel Regulations.
3. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan terus ke Directorate of Administrative Affairs of ICESCO melalui alamat emel icescoemployement@icesco.org sebelum atau pada 5 Mei 20121 (Rabu). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai jawatan ini, boleh berhubung dengan pihak ICESCO melalui alamat emel scecgcs@icesco.org atau icescoemployement@icesco.org.
Sekian, terima kasih.
Hits : 4235