Ketua Jabatan
> Tuan Haji Abidin Bin Marjan K.M.N, B.S.K
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
OBJEKTIF
Mengurus sumber-sumber pendidikan di peringkat negeri merangkumi aspek-aspek sumber manusia, kewangan, perkhidmatan, fizikal dan maklumat.
FUNGSI
- Melaksanakan semua dasar dan peraturan serta program Kementerian Pendidikan Malaysia dan kerajaan secara keseluruhannya;
- Mempastikan semua dasar dan peraturan dilaksanakan oleh pihak pengurusan jabatan sekolah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
- Mempastikan pengurusan dan pentadbiran jabatan berada pada landasan yang betul selaras dengan SKT dan takwim yang disediakan bagi memaksimumkan usaha ke arah membantu pengurusan sekolah yang berkesan;
- Mempastikan program PIPP dilaksanakan dengan berkesan dan mempastikan matlamatnya tercapai;
- Mempastikan program dan aktiviti yang boleh menaikkan nama dan maruah jabatan, sekolah dan warga pendidik supaya dihormati oleh masyarakat setempat serta dapat bersaing seiring dengan arus pendidikan perdana;
- Merancang program dan aktiviti bagi mewujudkan kerjasama dengan semua pihak (agensi kerajaan, swasta dan komuniti) bagi tujuan promosi program pendidikan di Labuan;
- Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan pengurusan sekolah menengah dan rendah yang merangkumi perkara yang menjadi tanggungjawab Sektor Pengurusan Sekolah seperti berikut:
- Pengurusan dan pentadbiran sekolah
- Pendaftar sekolah;
- Pengetua dan Guru Besar (keberkesanan pengurusan sekolah)
- Guru (mencukupi dari segi jumlah dan opsyen, keberkesanan pelaksanaan P&P, guru cemerlang, pertukaran, penempatan, guru ganti, KGSK, data dan kebajikan)
- Murid (pertukaran, penempatan)
- Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemuphan
- Pemantauan sekolah pendidikan swasta
- Pengurusan data sekolah
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
- Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan pengurusan sekolah menengah dan rendah yang merangkumi perkara yang menjadi tanggungjawab Sektor Pengurusan Akademik seperti berikut:
- Pengurusan dan pemantauan bagi mempastikan pelaksanaan program dan aktiviti kurikulum akademik dan Pendidikan Vokasional dan Teknikal selaras dengan dasar dan peraturan KPM;
- Mempastikan program dan aktiviti pemantapan dan pembangunan P&P dilaksanakan dengan berkesan serta mematuhi semua prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan serta keperluan berkaitan disediakan;
- Mempastikan proses P&P dilaksanakan dengan berkesan serta mematuhi semua prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan serta keperluan berkaitan disediakan;
- Mempastikan program dan aktiviti berkaitan dengan PPSMI dilaksanakan dengan berkesan;
- Mempastikan semua guru mempunyai latihan yang mencukupi dari segi pedagogi dan lain-lain kemahiran berkaitan bagi mempastikan pelaksanaan P&P dijalankan dengan berkesan;
- Memantau dan mempastikan pelaksanaan j-QAF dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan;
- Mempastikan program dan aktiviti Peperiksaan dan Penilaian Awam dikendalikan dengan berkesan dan berintegriti.
- Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan pengurusan sekolah menengah dan rendah yang merangkumi perkara yang menjadi tanggungjawab Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan seperti berikut:
- Pengurusan Hal Ehwal Murid
- Kebajikan
- Program 3K (Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan)
- Skim Bantuan (Buku, makanan tambahan, susu, biasiswa, bantuan tuisyen, perpndungan)
- Khidmat Bimbingan dan Kaunsepng
- Disiplin
- Pendidikan Pencegahan Dadah
- Sistem Maklumat Murid.
- Program dan Aktiviti Kokurikulum
- Kelab;
- Persatuan;
- Unit Beruniform;
- Ko-Akademik;
- Sukan (MSSWPL dan MSSM).
- Majlis Permuafakatan Pembangunan Pendidikan Menangani Masalah Disiplin Pelajar.
- Program dan aktiviti agensi kerajaan luar, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak swasta yang berkepentingan dengan pendidikan.
- Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan pengurusan jabatan serta sekolah menengah dan rendah yang merangkumi perkara yang menjadi tanggungjawab Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan seperti berikut:
- Perjawatan;
- Perkhidmatan;
- Pentadbiran;
- Pembangunan Sumber Manusia (termasuk penilaian prestasi);
- Keselamatan;
- Kewangan;
- Anggaran Belanja Mengurus;
- Latihan (pembangunan induksi dan kopetensi staf dan guru);
- Keutuhan dan Tadbir Urus;
- Tatatertib;
- Pengurusan Aset Alih;
- Kebajikan dan keselesaan staf dan guru (penjawat dan tempat kerja);
- Pengautomasian pejabat.
- Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai keberkesanan program dan aktiviti berkaitan dengan Kaunseling, Keutuhan dan Integriti. Melalui ini, kebajikan dan khidmat nasihat diberikan kepada staf dan guru terutama yang bermasalah di samping menimbulkan rasa yakin pelanggan kepada jabatan melalui perkhidmatan yang telus dan bersih.
- Mempastikan program dan aktiviti memperkasakan sekolah dilaksanakan dengan berkesan melalui pembekalan, perkhidmatan serta penyelenggaraan serta latihan ICT dan Pembestarian Sekolah.
- Merancang dan menyelaraskan latihan berterusan kepada Pengetua, Guru Besar serta Penolong Kanan bagi mempastikan keberkesanan pengurusan sekolah di samping membuat pemantauan dan penilaian seperti yang terdapat dalam bidang tugas Sektor Jaminan Kualiti.
- Merancang dan mempastikan Sistem Kualiti (MS ISO 9001:2000) yang dilaksanakan mematuhi prosedur yang ditetapkan dan sentiasa melakukan pembetulan dan penambahbaikan yang berterusan.
- Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pihak Menteri Pendidikan Malaysia dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan lain-lain yang berkepentingan dengan sistem pendidikan Negara (yang berkaitan dengan pendidikan).
PIAGAM PELANGGAN
PENGURUSAN PERTUKARAN & PENEMPATAN GURU DAN MURID
- Surat penempatan guru dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan pertukaran diterima.
- Surat penempatan murid Prasekolah, Tahun 1, Tingkatan 1 dan Murid Bukan Warganegara (MBW) dikeluarkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh tutup permohonan secara dalam talian atau manual.
- Surat kelulusan penempatan dan pertukaran murid dikeluarkan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Permohonan dan pembaharuan permit guru, pekerja dan pengelola di sekolah swasta dikeluarkan dalam tempoh 7 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
PENGURUSAN MURID
- Mengurus hal ehwal murid yang melibatkan sekolah, ibubapa dan agensi luar dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
- Mengurus hal bakat murid yang melibatkan sekolah, ibubapa dan agensi luar dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
- Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
- Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan pada hari pertama persekolahan bermula.
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
- Mengeluarkan surat kelulusan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal (TMWA) dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap diterima.
- Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk laluan kenaikan pangkat secara cemerlang diproses untuk dikemukakan ke BPSM dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPP untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki diproses untuk dikemukakan ke BPSM dalam tempoh 30 hari waktu bekerja.
- Urusan pelantikan baharu dan lapor diri dalam perkhidmatan diproses dalam tempoh 30 hari dan dikemaskini dalam ePROPER.
- Urusan permohonan kemudahan perubatan yang lengkap dipanjangkan kepada KKM dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan permohonan.
- Mengemukakan maklumat yang lengkap kepada KWAP dalam tempoh 6 bulan sebelum persaraan wajib penjawat awam.
- Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga JPWP Labuan dalam tempoh 1 hari bekerja bagi kes baharu selepas penerimaan permohonan. Tertakluk kepada persetujuan klien.
PENGURUSAN FIZIKAL
- Aduan kerosakan, permohonan pendaftaran aset sumbangan dan pelupusan akan diberi maklumbalas dalam masa 3 hari waktu bekerja.
- Surat Setuju Terima (SST) akan dikeluarkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh iklan dikeluarkan kepada penyebutharga yang berjaya.
- Kelulusan bertulis untuk penggunaan premis di bawah kawalan JPWP Labuan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari waktu bekerja daripada tempoh tarikh surat permohonan diterima.
PENGURUSAN PELANGGAN
- Masa menunggu pelanggan untuk menerima layanan perkhidmatan kaunter tidak melebihi 5 minit pada waktu bekerja.
- Semua aduan diurus dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.
- Permohonan bekalan pejabat diperolehi tidak melebihi 2 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Pegawai Khidmat Pelanggan menjawab panggilan telefon tidak melebihi 3 kali deringan dengan layanan mesra.
- Pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima oleh unit kewangan
- Memberi maklumbalas terhadap permohonan sesi kaunseling (sukarela atau dirujuk) dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
- Laporan sesi kaunseling disediakan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja selepas sesi kaunseling.
- Laporan Ujian Psikometrik disediakan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja selepas mengikuti ujian.
- ID dan kata laluan pengguna emel baharu jabatan diwujudkan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja selepas permohonan diterima.
- Permohonan/ pembaharuan/ pembatalan token (iGFMAS dan ePerolehan) dikemukakan kepada MAMPU dalam 3 hari waktu bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
- Memberi maklumbalas terhadap permohonan sesi kaunseling (sukarela atau dirujuk) dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.
- Laporan sesi kaunseling disediakan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja selepas sesi kaunseling.
- Laporan Ujian Psikometrik disediakan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja selepas mengikuti ujian.
- ID dan kata laluan pengguna emel baharu jabatan diwujudkan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja selepas permohonan diterima.
- Permohonan/ pembaharuan/ pembatalan token (iGFMAS dan ePerolehan) dikemukakan kepada MAMPU dalam 3 hari waktu bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
PENGURUSAN PEPERIKSAAN
- Kenyataan pengesahan pendaftaran peperiksaan dikeluarkan 14 hari selepas pendaftaran peperiksaan ditutup.
- Calon menerima kertas peperiksaan mengikut jenis peperiksaan dan mata pelajaran yang didaftarkan pada hari peperiksaan dijalankan.
- Calon menerima keputusan peperiksaan pada hari yang sama keputusan peperiksaan diumumkan.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat |
Laman Web |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Aras 10, Blok 4,
Kompleks Ujana Kewangan,
Peti Surat 81097,
87020 Wilayah Persekutuan Labuan. |
http://jpwpl.moe.gov.my |
087-583 351 /
357 |
087-583 352 |
jpnlabuan |
Hits : 38582