Ketua Jabatan
> Tuan Haji Jelani bin Sulong, S.M.T.
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran institusi.
- Mempertingkatkan pembangunan prasarana pendidikan.
- Mempertingkatkan kecemerlangan murid dalam pelbagai aspek pendidikan.
- Mempertingkatkan tahap profesionalisme pengurusan pendidikan.
- Mempertingkatkan pemuafakatan pendidikan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :
- Kanak-kanak mengikut tahap umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan.
- Murid berkeperluan khas diberi peluang pendidikan khas secara formal.
- Pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) bermula pada hari pertama.
- Semua aktiviti kokurikulum, sukan dan pendidikan luar pada peringkat JPN, PPD dan aktiviti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
- Setiap murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks, sebuah kerusi dan sebuah meja pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
- Keputusan permohonan belajar semula, pertukaran dan rayuan murid bersekolah semula dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
- Pengendalian peperiksaan awam dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan dengan berintegriti mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Sekolah mendapat bekalan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) berasaskan kelulusan waran perjawatan semasa.
- Urusan perkhidmatan personel yang melibatkan kelulusan pada peringkat Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu diselesaikan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan dokumen yang telah lengkap.
- Perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan responsif terhadap keperluan pelanggan.
- Pengurusan kewangan dilaksanakan berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan (AP) dan tatacara kewangan semasa.
- Menguruskan aduan awam dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.
CARTA ORGANISASI
Lihat Carta Organisasi JPN Terengganu
HUBUNGI
Alamat |
Laman Web |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman. |
https://jpnterengganu.moe.gov.my |
09-621 3000
/ 3001 |
09-622 7207
09-623 8415 |
jpnt |
Hits : 148088