Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

International Conference on Secondary School Alternative Assessment (In-CoSSAA) 2023

International Conference on Secondary School Alternative Assessment (InCoSSAA) 2023
 
05 Oktober 2023 | Khamis
 
Sekitar penganjuran International Conference on Secondary School Alternative Assessment (InCoSSAA) 2023 yang berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober 2023.
InCoSSAA 2023 adalah platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman pada skala yang lebih besar dalam bidang pentaksiran alternatif.
 
Pada masa yang sama penganjuran InCoSSAA 2023 turut menjadi wadah perbincangan dalam kalangan pendidik, organisasi pendidikan dalam dan luar negara, pakar pentaksiran serta pihak berkepentingan.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga mengambil peluang untuk memperkenalkan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) dan Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) yang dilaksanakan di Malaysia bagi mengiktiraf keupayaan dan kebolehan murid MBPK kepada badan pentaksiran dalam dan luar negara.
 
InCoSSAA 2023 melibatkan penyertaan seramai 300 orang peserta secara bersemuka manakala dianggarkan 10,000 orang peserta menyertai persidangan tersebut secara dalam talian melalui platform digital KPM di EduwebTV KPM.
 

Hits : 163