Selamat Datang ke PORTAL KPM
Institusi Pendidikan Swasta
- Apakah syarat-syarat pemohonan penubuhan IPS?
- Borang permohonan penubuhan boleh didapati di JPN dan BPSwasta, KPM.
- Pemohon dimiliki oleh syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Perniagaan 1956 atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
- Syarikat/organisasi hendaklah membuktikan keupayaan kewangan.
- Syarat-syarat lain yang ditetapkan pada borang permohonan penubuhan (BPS01).
- Apakah syarat-syarat pendaftaran IPS?
- Mengemukakan borang permohonan pendaftaran yang boleh didapati dari JPN negeri masing-masing.
- Premis perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan.
- Mengemukakan nama pengelola, guru dan pekerja institusi pendidikan.
- Memenuhi kelulusan kursus/matapelajaran, bilik darjah, bilik khas dan makmal lain yang ditetapkan.
- Membayar yuran pendaftaran yang ditetapkan.
- Serta syarat lain pada borang permohonan pendaftaran.
- Bagaimana hendak mengetahui sesebuah tadika berdaftar di sesebuah kawasan?
- Carian tadika melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) di laman https://smpk.moe.gov.my/
- Papan tanda di hadapan premis tadika berdaftar.
- Bolehkah murid dari sekolah swasta/antarabangsa berpindah ke sekolah kerajaan?
- Ya, boleh. Boleh memohon berpindah ke sekolah kerajaan selepas mendapat kelulusan dari JPN negeri berkenaan. Namun syarat kohort umur kemasukan murid ke sekolah kerajaan adalah terpakai.
Hits : 168468