Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Institut Aminuddin Baki

 
home

Ketua Jabatan
> Encik Ab Aziz bin Mamat

 

VISI

Pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang unggul

MISI

Membangunkan keupayaan kepimpinan pendidikan bagi menghasilkan organisasi berkualiti

OBJEKTIF

  • Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran Kepimpinan

  • Meningkatkan Tahap Kepuasan Pelanggan Terhadap Program Latihan IAB.

  • Meningkatkan prestasi institusi pendidikan.

  • Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan Program Pembangunan (OD) IAB.

  • Membangunkan kompetensi kejurulatihan sebagai Master Trainer (MT).

  • Meningkatkan tahap kepuasan peserta yang mengikuti program latihan dan pembangunan MT.

  • Menginstitusikan IAB Sebagai Badan Pentauliahan MT.

  • Memantapkan Kompetensi Pensyarah dalam Penyelidikan.

  • Meningkatkan Kuantiti dan Kualiti Produk Penyelidikan dan Pembangunan dalam Bidang Kepimpinan dan Pengurusan Kepimpinan.

  • Meningkat peratusan kepuasan pengguna terhadap produk penyelidikan dan pembangunan IAB.

  • Meningkatkan jaringan dan kolaboratif dalam bidang Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan.

  • Meningkatkan Keupayaan IAB sebagai Hub Pendidikan di rantau ini dalam bidang pendidikan.

  • Meningkatkan tahap kepuasan peserta yang menyertai Program Jaringan dan Kolaboratif.

FUNGSI

1. Latihan dan Pembangunan

Berperanan sebagai jurulatih dan fasilitator dalam mengendalikan sesi latihan dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah andragogi. Sesi latihan yang melibatkan peserta dengan menggunakan teknik penilaian berkaitan dapat mengukur tahap kompetensi peserta bagi mencapai hasil latihan berkesan.

2. Khidmat Pembangunan Organisasi

Merancang, melaksana dan memberi khidmat kepakaran pembangunan organisasi dan runding cara secara profesional, aktif dan berkesan dalam bidang pengkhususan bagi meningkatkan prestasi dan keupayaan pegawai perkhidmatan pendidikan dan organisasi.

3. Penyelidikan

Merancang, mengendali dan menganalisis kajian yang menyumbang kepada perkembangan dalam pelbagai aplikasi untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kepakaran

4. Penerbitan

Membangunkan dokumen program/modul/jurnal/buku/ artikel/laporan dan instrumen dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan serta menyebar luas hasil penulisan ilmiah tersebut untuk meningkatkan profesionalisme pemimpin pendidikan.

5. Pentaksiran

Merangka dan menggubal instrumen pentaksiran bagi keperluan pemimpin Pendidikan untuk mencapai objektif kualiti dan standard yang ditetapkan.

6. Pasukan Pemikir

Memberi khidmat kepakaran, merancang dan melaksanakan pembangunan dokumen/program /modul dan instrumen dalam bidang pengkhususan untuk meningkatkan bidang pengkhususan Pakar Bidang Khusus Pendidikan.    

PIAGAM PELANGGAN

1. Memastikan semua program latihan didaftarkan dalam dokumen Program Latihan IAB pada tahun berkenaan.

2. Memastikan kepuasan semua peserta terhadap pengendalian program latihan IAB sekurang-kurangnya berada pada tahap 82%.

3. Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh sehari sebelum kursus bermula.

4. Memastikan aduan berkaitan sijil kehadiran program diselesaikan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas aduan diterima.

5. Memastikan kepuasan semua peserta terhadap perkhidmatan sajian dan penginapan sekurang-kurangnya berada pada tahap 82%.

6. Memastikan semua pertanyaan dan aduan pelanggan tentang pengurusan perkhidmatan di IAB menepati tempoh-tempoh berikut:

  • akuan penerimaan dalam tempoh sehari bekerja daripada tarikh maklum balas diterima
  • keputusan/jawapan kepada pengadu bagi kes mudah dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja
  • keputusan/jawapan kepada pengadu bagi kes sederhana dijawab dalam tempoh 15 hari bekerja
  • keputusan/jawapan kepada pengadu bagi kes kompleks dijawab dalam tempoh 365 hari bekerja

7. Menghasilkan sekurang-kurangnya sembilan (9) penyelidikan dan pembangunan setahun.

8. Menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) penerbitan setahun.

9. Memastikan urusan pinjaman bahan Pusat Sumber diselesaikan dalam tempoh dua (2) minit bagi setiap pelanggan.

10. Menjalankan sekurang-kurangnya enam (6) program Khidmat Pembangunan Organisasi termasuk khidmat pasukan pemikir setahun.

11. Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesional pemimpin sekolah bagi setiap negeri pada setiap tahun.

12. Memastikan semua staf IAB mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun.

CARTA ORGANISASI

 Carta Organisasi IAB

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@iab.edu.my)
Institut Aminuddin Baki 
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kompleks Pendidikan Nilai, 
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan
http://iab.moe.edu.my 06-797 9200 06-797 9300 iab

Hits : 10803