Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan PPP Gred DG48/52 (KUJ) Di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG48/52(KUJ) DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH  HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG48/52(KUJ) di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu, BPSH ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG48/52(KUP) di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/ puan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

 

3.  Pegawai-pegawai  yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut perlu memenuhi kriteria seperti syarat-syarat berikut:

Syarat-Syarat Umum:

 

 

3.1

Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berada pada gred DG48 secara hakiki atau gred DG52 Khas Untuk Penyandang (KUP) pada tarikh iklan dikeluarkan;

3.2

Memperolehi markah prestasi 85% dan ke atas bagi tiga (3) tahun terkini (2021, 2022, 2023);

3.3

Bebas daripada tindakan tatatertib – rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2009;

3.4

Telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima tahun);

3.5

Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

     

 

Syarat-Syarat Khusus

 

3.6

Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda;

3.7

3.8

Mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang Pendidikan;

Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam pengurusan; dan

3.9

Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.

 

4.  Pegawai yang berminat boleh mengemukakan dokumen seperti berikut:

4.1

Mengisi borang permohonan seperti di Lampiran A;

4.2

4.3

4.4

Kenyataan Ketua Jabatan di Lampiran B;

Salinan Kad Pengenalan yang diperakui sah;

Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemas kini dan diperakui sah; dan

4.5

Resume serta salinan sijil yang diakui sah

5. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 14 Jun 2024  ke alamat seperti di bawah:

Pengarah

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E2, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

                      62604 PUTRAJAYA

                      (u.p.: Sektor Khidmat Pengurusan)

 

6. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada Puan Nur Azalila binti Shufa’at di talian 03-8883 0673 atau Puan Siti Norzaleha binti Latib di talian 03-8884 9366.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Sekian.

 

Hits : 2773