Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan PPP Di SBJK Dan Asrama Malaysia, BPSH, KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH DAN ASRAMA MALAYSIA, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH  HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan Asrama Malaysia (AMal), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu, BPSH ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/ puan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

 

 

Jawatan

 

Gred

Tempat Bertugas

Subjek

 

Guru Akademik

 

DG41/42/DG44(KUJ)

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur

Matematik,

Sekolah Rendah

Guru Bimbingan

DG41/42/DG44(KUJ)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Putrajaya

Kaunseling

 

3.  Pegawai-pegawai  yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut perlu memenuhi kriteria seperti syarat-syarat berikut:

Syarat-Syarat Umum:

 

 

3.1

Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berada pada gred DG41/42 secara hakiki atau gred DG44 Khas Untuk Penyandang (KUP) pada tarikh iklan dikeluarkan;

3.2

Memperolehi markah prestasi 85% dan ke atas bagi tiga (3) tahun terkini (2021, 2022, 2023);

3.3

Bebas daripada tindakan tatatertib – rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009;

3.4

Telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima tahun); dan

3.5

Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

 

 

Syarat-Syarat Khusus

 

3.6

Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda;

3.7

Mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang Pendidikan;

3.8

Mempunyai pengkhususan dalam subjek yang berkaitan; dan

3.9

Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.

     

 

4.  Pegawai yang berminat boleh mengemukakan dokumen seperti berikut:

4.1

Mengisi borang permohonan seperti di Lampiran A;

4.2

4.3

4.4

Kenyataan Ketua Jabatan di Lampiran B;

  Salinan Kad Pengenalan yang diperakui sah;

Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemas kini dan diperakui sah; dan

4.5

Resume serta salinan sijil yang diakui sah.

5. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 28 Jun 2024  ke alamat seperti di bawah:

Pengarah

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E2, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

                      62604 PUTRAJAYA

                      (u.p.: Sektor Khidmat Pengurusan)

 

6. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada Puan Nur Azalila binti Shufa’at di talian 03-8883 0673 atau Puan Siti Norzaleha binti Latib di talian 03-8884 9366.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

Hits : 8971