Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH DI UNIT PENGURUSAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN, SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGOPERASIAN PENDIDIKAN, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai pdf Penolong Pengarah di Unit Pengurusan Transformasi Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengoperasian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (567 KB) . Sehubungan dengan itu, BPSH ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG 44/48 (KUJ) di Bahagian/Jabatan di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ tuan/ puan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
3. Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke BPSH, KPM. Hanya calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Bersama-sama ini disertakan:
4. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 21 Mei 2023 ke alamat seperti di bawah:
5. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada pegawai seperti berikut:
Kerjasama dan perhatian YBhg.Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 863