Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Bagi PPP Gred DG44/48(KUJ) Di Unit Pengurusan Pendidikan Model Khas Dan Orang Asli, Sektor Perancangan Dan Pengurusan Sekolah 2, BPSH

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datu/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44/48(KUJ) DI UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN MODEL KHAS DAN ORANG ASLI, SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH 2, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai   pdf Penolong Pengarah di Unit Pengurusan Pendidikan Model Khas Dan Orang Asli, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (260 KB) . Sehubungan dengan itu, BPSH ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG 44/48 (KUJ) di Bahagian/Jabatan di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Datu/ Datin/ Dr./ tuan/ puan, untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

3.  Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke BPSH, KPM. Hanya calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Bersama-sama ini disertakan:

a.  lklan Kekosongan Jawatan ( pdf Lampiran A (68 KB) ); dan

b.  Borang Permohonan ( pdf Lampiran B (115 KB) ).

4.  Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 21 Mei 2023 ke alamat seperti di bawah:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

5. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada pegawai seperti berikut:

i.Puan Zariana binti Abdullah ditalian 03-8883 0672/ emel kepada zariana@moe.gov.my; atau 

ii.Encik Eddy Yazid Ehsan ditalian 03-8883 0673/ emel kepada eddy.ehsan@moe.gov.my

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Datu/ Datin/ Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Hits : 852