Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KETUA PENOLONG PENGARAH GRED DG48/DG52 DAN PENOLONG PENGARAH GRED DG44/DG48 DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut:
3. Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap ke BPK dan hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang berminat boleh memuat turun dokumen berkaitan urusan ini melalui pautan berikut: https://bit.ly/kekosonganBPK
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 15 September 2023 jam 12.00 tengah hari ke alamat seperti di bawah.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 2941