Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Kader PPP di Kementerian/ Agensi Luar dari KPM di KBS

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datu / Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KADER PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI KEMENTERIAN / AGENSI LUAR DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.   Adalah dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan Kader Kementerian Pendidikan Malaysia di institusi-institusi di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan. 

 

3.  Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan borang  permohonan  yang lengkap kepada BPSM. Calon-calon yang berminat boleh merujuk kepada iklan kekosongan jawatan dan borang permohonan seperti yang dilampirkan. 

4.   Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat yang berikut:

 

Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 5, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Guru, Cawangan Perkhidmatan)

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datu / Datin / Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

Muat Turun Lampiran

Hits : 5335