Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Festival Mutiara Seni (FMS) Tahun 2024

Festival Mutiara Seni (FMS) Tahun 2024

 

03 Februari 2024 | Sabtu

 

Sekitar penganjuran Festival Mutiara Seni (FMS) Tahun 2024 yang telah berlangsung di Dewan Utama Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

 

Festival tahunan yang telah diwujudkan sejak tahun 2011 ini menampilkan persembahan orkestra, tarian dan teater merangkumi penglibatan 180 orang murid Tingkatan 1 hingga 5, guru dan jurulatih kesenian daripada semua Sekolah Seni Malaysia (SSeM) dan Sekolah Program Pendidikan Seni.

 

Festival ini turut disemarakkan lagi dengan Pameran Seni Visual yang menggunakan pelbagai teknik lukisan daripada murid-murid yang mengambil bahagian.

 

Kemenjadian murid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak hanya terbatas kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah sahaja tetapi juga menerusi aktiviti kesenian dan sukan.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Hits : 742