Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Elaun Prauniversiti (EPU)

 

ELAUN PRAUNIVERSITI (EPU)

 

JENIS BANTUAN:

 

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN :

 

  • Elaun Prauniversiti telah diperkenalkan pada tahun 2002 yang merupakan insentif dalam bentuk kewangan kepada pelajar yang mengikuti Program Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) untuk menarik lebih ramai penyertaan dalam program tersebut.

KADAR :

 

  • RM1000 bagi setiap semester (terhad kepada empat (4) semester sahaja).

PEMILIHAN :

 

  • Murid warganegara Malaysia.
  • Tingkatan 6 yang mengikuti Program Prauniversiti di SSM.

 

KAEDAH PENYALURAN :

 

  • Peruntukan disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian untuk disalurkan kepada SSM dan elaun dikreditkan ke akaun murid.

PUNCA KUASA :

  • Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2015.

 

 

 

 

 

 

 

ELAUN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (EMBPK)

 

JENIS BANTUAN:

 

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN :

 

  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dan memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KADAR

  • RM150 sebulan x 12 bulan (tertakluk kepada jumlah bulan yang melayakkan murid untuk menerima EMBPK pada tahun tersebut).

PEMILIHAN :

  • Murid warganegara Malaysia.
  • MBPK dalam kategori OKU yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bermula dari prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, tingkatan 6 di SK atau SBK termasuk pelajar di Kolej vokasional, kolej matrikulasi dan МBРК yang mengikuti pembelajaran di Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta yang dibiayai penuh oleh KPM.
  •  Memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun/ insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan KECUALI MBPK yang menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) di kolej matrikulasi.
  • EMBPK juga telah dipanjangkan manfaatnya kepada kanak-kanak autisme di Pusat Kecemerlangan Intervensi Awal PERMATA Kurnia mulai 20 September 2019.

KAEDAH PENYALURAN :

 

  • Peruntukan disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Pendidikan Khas dan Bahagian PERMATA untuk disalurkan ke akaun sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian
  • Elaun akan dikreditkan ke akaun murid oleh pihak sekolah/Bahagian PERMATA

PUNCA KUASA :

  • Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2024.

Hits : 18161