- Pengenalan
Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) didefinisikan sebagai keterangan mengenai sesuatu data yang standard merangkumi nama elemen data, alias (nama lain elemen data), keterangan ringkas data, saiz elemen data, jenis medan dan rasional bagi elemen data. Ianya juga menetapkan standard kod data bagi elemen tertentu untuk diguna pakai oleh semua agensi Sektor Awam.
- Objektif
Mewujudkan standard atau piawaian bagi elemen yang merangkumi struktur dan kod yang perlu digunapakai oleh agensi-agensi Sektor Awam bagi memudahkan usaha-usaha perkongsian maklumat menerusi integrasi dan interoperabiliti sistem.
Muat Turun PEKELILING AM BIL. 2 TAHUN 2002 (PENGGUNAAN DAN PEMAKAIAN DATA DICTIONARY SEKTOR AWAM (DDSA) SEBAGAI STANDARD DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN)
Maklumat Lanjut Layari http://sddsa.mampu.gov.my/
Hits : 20364