Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Biasiswa Sukan (BS)

 

BIASISWA SUKAN (BS)

 

JENIS BANTUAN:

 

  • Bantuan Khusus

 

PENGENALAN :

 

  • Biasiswa ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 sebagai suatu usaha bagi meningkatkan kecemerlangan sukan dalam kalangan murid di bawah Program Pembangunan Sukan sekolah. Ia merupakan suatu galakan kepada murid supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi yang tinggi di dalam bidang sukan.

KADAR :

 

  • Tingkatan 1 hingga 4 : RM70.00 x 12 bulan.
  • Tingkatan 5 : RM70.00 x 11 bulan.

 

PEMILIHAN :

 

  • Murid warganegara Malaysia.
  • Tingkatan 1 hingga 5 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) atau Kolej Vokasional atau Sekolah Sukan Malaysia.
  • Cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri di peringkat MSSM.
  • Keutamaan kepada murid yang terlibat dalam program Sukan Prestasi Tinggi dan sukan-sukan lain yang diputuskan oleh KPM.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

KAEDAH PENYALURAN :

 

  • Biasiswa ini disalurkan oleh KPM kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian untuk disalurkan kepada akaun murid.

PUNCA KUASA :

  • Surat Pekeliling Kewangan Bil. 3 Tahun 2017

 

 

Hits : 30344