Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bantuan PCG Bukan Mata Pelajaran

BANTUAN PCG BUKAN MATA PELAJARAN

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Umum

PENGENALAN

  • Bantuan PCG Bukan Mata Pelajaran merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi membiayai keperluan perbelanjaan berunsur pengajaran dan pembelajaran (PdP), program pembangunan sahsiah diri dan kebajikan murid serta pentadbiran sekolah dan asrama.
  • Bantuan PCG Bukan Mata Pelajaran merangkumi Bantuan Pusat Sumber Sekolah, Bantuan Bimbingan dan Kaunseling, Bantuan Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun/Perbelanjaan Khas (LPBT/LPK), Skim Perlindungan Takaful, Bantuan Yuran Khas Sekolah dan LPBT/LPK Asrama.

KADAR

  • Kadar berbeza mengikut tahap pendidikan (rendah/menengah) dan julat murid di sekolah.

PEMILIHAN

  • Berdasarkan enrolmen murid yang bersekolah di SK dan SBK.

KAEDAH PENYALURAN

  • Dikreditkan terus ke akaun bank (Kumpulan Wang Sekolah) sekolah; kecuali
  • Skim Perlindungan Takaful dibayar terus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada syarikat penyedia perlindungan.

PUNCA KUASA

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2021.

Hits : 317