Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bantuan Makanan Asrama (BMA)

Bantuan Makanan Asrama (BMA)

 

JENIS BANTUAN:  Bantuan Khusus

 

PENGENALAN :

Bantuan Makanan Asrama (BMA) dimulakan sejak tahun 1974 bagi membiayai kos penyediaan makanan murid di asrama. Pada masa ini, Kerajaan menampung 95 peratus daripada kos penyediaan makanan dan baki 5 peratus ditampung melalui kutipan Yuran Makanan Asrama (YMA) daripada ibu bapa/penjaga.

 

KADAR :

  1. Bantuan diberikan kepada sekolah berdasarkan harga kontrak semasa Bekalan Makanan Bermasak (BMB)/ Bekalan Makanan Mentah (BMM)

 

  1. Manakalan Yuran Makanan Asrama (YMA) dikutip daripada ibu dan bapa/ penjaga berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah mengikut bilangan hari murid berada di asrama iaitu:

 

  1. Bagi pendapatan  RM5,000 ke atas: Yuran RM3.00/hari

 

  1. Bagi pendapatan RM4,999 ke bawah: Yuran RM1.00/hari

 

PEMILIHAN :

Berdasarkan enrolmen murid penghuni asrama.

 

KAEDAH PENYALURAN :

Peruntukan disalurkan ke sekolah melalui JPN/Bahagian

 

PUNCA KUASA :

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2021 (Pindaan 2023).

 

Hits : 18183