Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

 

JENIS BANTUAN: Bantuan Khusus

 

PENGENALAN :

 

  1. Penubuhan KWAPM adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang mula berkuat kuasa pada Januari 2003. Sumber peruntukan adalah melalui peruntukan tahunan yang diterima daripada MOF dan sumbangan wang awam. Bantuan KWAPM terdiri daripada dua jenis iaitu Bantuan Am Persekolahan (BAmP) dan Bantuan Kecemasan (BK).

 

  1. Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. Ia bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 31 Mac 2023.

 

KADAR :

Kadar Bantuan KWAPM adalah seperti berikut :

 

 

PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN :

  1. Kriteria kelayakan murid penerima Bantuan KWAPM adalah seperti berikut:

 

  • Murid warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran dan bersekolah di semua SK dan SBK di bawah KPM;

 

  • Murid Tahun Satu (1) hingga Tingkatan Tiga (3) bagi BAmP dan Tahun Satu (1) hingga Tingkatan Lima (5) bagi BK;

 

  • KIR berdaftar dengan Sistem eKasih dan disahkan berada pada PGK Nasional semasa dalam kategori miskin tegar sahaja; dan

 

  • PIR untuk murid eKasih, DSA dan DMOA adalah berdasarkan PGK Nasional semasa.

 

  1. Murid yang telah menerima biasiswa/elaun/bantuan berbentuk kewangan atau apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Bantuan KWAPM jika memenuhi kriteria kelayakan.

 

  1. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (“MBPK”) yang bersekolah di SK dan SBK di bawah KPM juga layak menerima Bantuan KWAPM sekiranya memenuhi kriteria kelayakan. Dalam hubungan ini, MBPK di peringkat menengah di SK dan SBK layak menerima Bantuan KWAPM bagi tempoh tiga (3) tahun pertama mereka bersekolah tertakluk kepada memenuhi kriteria kelayakan.

 

  1. Bantuan Kecemasan (BK) KWAPM dipertimbangkan kepada murid Tahun Satu (1) hingga Tingkatan Lima (5) tertakluk kepada kriteria kes kecemasan seperti berikut:

 

  • bencana alam atau kebakaran tempat kediaman yang menjejaskan peralatan persekolahan;

 

  • KIR meninggal dunia atau menghidapi penyakit kronik atau mengalami keilatan kekal yang menjejaskan pendapatan keluarga dan persekolahan murid;

 

  • murid bukan penerima Bantuan KWAPM yang KIR meninggal dunia, menghidapi penyakit kronik atau mengalami keilatan kekal yang menjejaskan pendapatan keluarga dan persekolahan murid jika memenuhi syarat asas kelayakan penerima Bantuan KWAPM;

 

  • murid yang tercicir daripada persekolahan kerana kemiskinan; dan

 

  • pendapatan PIR hendaklah tidak melebihi per kapita PGK Nasional semasa.

 

  1. Tempoh permohonan kes kecemasan adalah tiga (3) bulan daripada tarikh kes kecemasan tersebut berlaku. Sekiranya permohonan melangkaui tahun, tempoh tiga (3) bulan adalah masih terpakai.

 

KAEDAH AGIHAN :

Bantuan KWAPM perlu diagihkan kepada murid secara tunai atau dikredit terus ke akaun bank murid tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS).

 

PUNCA KUASA :

  1. Surat Ikatan Amanah bagi Kumpulan Wang Amanah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957: Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

  1. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 4 Tahun 2024: Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Hits : 227053