Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bantuan Jaket Keselamatan (BJK)

BANTUAN JAKET KESELAMATAN (BJK)

 

JENIS BANTUAN:

 

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN :

 

  • Bantuan mula diperkenalkan pada tahun 1997 yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan murid dan guru yang berulang alik ke sekolah dengan menggunakan pengangkutan air.

 

KADAR :

 

  • Satu jaket bagi setiap murid dan guru (layak untuk penggantian setiap 2 tahun)

 

PEMILIHAN :

 

  • Warganegara Malaysia.
  • Murid Prasekolah, Tahun 1 hingga 6, Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Guru yang mengajar di SK dan SBK.
  • Menggunakan pengangkutan air untuk berulang-alik ke sekolah.

 

KAEDAH PENYALURAN :

 

  • Peruntukan disalurkan oleh KPM kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk dilaksanakan proses perolehan jaket keselamatan murid mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).
  • Jaket akan diedarkan oleh JPN kepada sekolah untuk diedarkan kepada murid yang layak.

PUNCA KUASA :

  • Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2015

 

Hits : 9360