Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran

BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG) MATA PELAJARAN

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Umum

PENGENALAN

  • Bantuan PCG Mata Pelajaran merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) berdasarkan kadar yang ditetapkan bagi suatu mata pelajaran atau kumpulan mata pelajaran bagi membiayai keperluan perbelanjaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.
  • Bantuan PCG Mata Pelajaran merangkumi PCG Mata Pelajaran, Bantuan Kertas Ujian Dalaman dan Bantuan Kegiatan Pendidikan Islam/Moral.

KADAR

  • Kadar berbeza mengikut tahap pendidikan (rendah/menengah) dan julat murid di sekolah.

PEMILIHAN

  • Berdasarkan enrolmen murid yang bersekolah di SK dan SBK.

KAEDAH PENYALURAN

  • Dikreditkan terus ke akaun bank (Kumpulan Wang Sekolah) sekolah.

PUNCA KUASA

  • Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2021.

 

 

Hits : 43418