Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bantuan Awal Persekolahan

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

JENIS BANTUAN:

  • Bantuan Khusus

PENGENALAN

  • Bantuan Awal Persekolahan merupakan bantuan tunai secara one off yang diberikan pada awal tahun bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan murid.

KADAR

  • RM150.00.

PEMILIHAN

  • Murid warganegara Malaysia yang berada di Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang bersekolah di:
  1. Sekolah kerajaan (SK);
  2. Sekolah bantuan kerajaan (SBK);
  3. Sekolah agama;
  4. Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat;
  5. Kolej PERMATA;
  6. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
  7. Sekolah Integriti;
  8. Sekolah Henry Gurney;
  9. Maktab Rendah Sains MARA; dan
  10. Maktab Tentera Diraja

KAEDAH PENYALURAN

  • Peruntukan BAP disalurkan ke sekolah dan pihak sekolah membuat agihan kepada murid secara kredit ke dalam akaun murid atau tunai.

PUNCA KUASA

  • Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2023 (Pindaan).

 

Hits : 2086